Tuesday, January 22, 2013

Jauhi Sifat Takabbur

Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda:

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun sebesar zarah
(H.R. Bukhari, Muslim, Tirmizi)

Takabbur adalah sifat dalaman manusia. Sifat ini membuatkan seseorang menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya kepada orang lain kerana merasakan dirinya itu lebih sempurna. Ada kalanya takabbur menyebabkan seseorang tidak menerima kebenaran dan memandang hina kepada orang lain.

Sesungguhnya sifat takabbur ini amat bahaya dan perlu dihakis dari hati kita. Ini adalah kerana terdapat banyak amaran yang telah diberi tentang bahayanya.

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah SW bersabda:

Orang yang sombong dan takabur akan dihimpun pada hari kiamat seperti debu-debu yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Azzawajalla.
(HR: Bukhari , 10/223, Muslim, 2085).

Sahabat2 yang dikasihi,

Apa gunanya kita merasakan tinggi diri di dunia yang sementara ini, jika di akhirat yang kekal kelak kita dihina?

Oleh itu, eloklah kita berusaha memperbaiki diri mulai saat ini. Kenali diri dan kenali Tuhan. Sesungguhnya kita sebenarnya terlalu rendah berbanding kehebatan Allah SWT, malah jauh lebih rendah berbanding sebahagian manusia yang lain…

Semoga Allah memelihara kira dari  sifat takabbur…

Sumber: http://arshadahmad.wordpress.com/2009/05/08/buatmu-sahabat-3-–-tidak-akan-masuk-syurga-sesiapa-yang-ada-sifat-takabur-di-hatinya/

No comments:

Post a Comment